Ungkapan “Zorg, dat als
ik terug kom hier een stad is gebouwd!” (Usahakan, bila aku kembali ke
sini, sebuah kota telah dibangun) adalah kata kata dari gabenor bandung yang
lebih dikenali sebagai Herman Willem Daendels yang telah menukarkan
bandung dari sebuah hutan kepada sebuah kota, beliau diangkat menjadi gabenor oleh belanda selepas syarikat
hindia timur berundur dari bandung.
Bandung juga dikenali sebagai ‘paris van
java’ atau paris di jawa. Ini disebabkan struktur geografi dibandung yang
terletak di tanah tinggi dan dan kawasan yang berbukit bahkan bergunung.
Bandung juga boleh dikatakan sebagai pusat pembelajaran, ini kerana terdapat
beberapa buah university swasta di sana.
Penduduk bandung terdiri
dari bangsa sunda tidak hairanlah jika mereka ini periang dan jujur . Bangsa
sunda boleh dikatakan ramai di jawa barat, mereka juga bertutur dalam bahasa
sunda yang diamalkan lebih kurang 27 juta rakyat Indonesia. Masyarakat sunda
kebanyakannya beragama islam.
2 jam perjalanan dari
Jakarta sama ada mengunakan kereta ataupun kenderaan yang lain. Terdapat sebuah
lapangan terbang milik tentera udara Indonesia, kebanyakan syarikat penerbangan
swasta mengunakan lapangan terbang ini.
bakso, boleh dikatakan
banyak peniaga jalanan yang menjual bakso, bakso makanan Indonesia yang santai
dan sedap, boleh didapati di setiap kawasan di bandung. Sedikit nasihat dari
penduduk setempat agar berhati hati ketika membeli bakso kerana kadar
kebersihan agak meragukan apa bila membabitkan makanan jalanan.
Sate Madura, satay Madura
juga amat terkenal di bandung satay ayam, kambing atau daging yang dimakan dengan
kuah ( bukan kuah kacang), sate Madura berlainan sedikit dengan sate Malaysia,
rasanyanya pun agak berbeza, harganya boleh dikatakan agak mahal sedikit
berbanding harga sate Malaysia/
Siomay, adalah makanan
yang agak terkenal di bandung, boleh didapati dimana mana si sekitar bandung, mungkin
juga di daerah lain juga. Kalau di Malaysia ianya lebih kurang seperti tauhu
dan kuah kacang atau sedikit seperti yong tau fuu
Budaya pemakanan di sini
jika diperhatikan mereka suka mengunakan kicap sebagai perisa tambahan dalam
setiap makanan, oleh yang demikian rasa aslinya telah bercampur, sehinggakan
menjadi satu budaya pemakanan disini untuk menambah perisa dalam setiap
makanan.
Sewaktu dalam perjalanan
ke ‘kawah putih’ melalui jalan jalan kampong semestinya suasana yang aman serta
bersih, melalui kawasan pergunungan terdapat sebuah restoren masakan sunda
asli, ikan tilapia goring tepung, tauhu goring, nasi minyak ( cara sunda) dan
keropok, set makanan ini boleh dikatakan sedap dan jarang jarang sekali jumpa
di tempat lain.
Terdapat juga makanan lain
seperti ayam penyek ( nasi dan ayam goring serta sambal pedas berasal dari
surabaya) masakan minang ( nasi berlauk) dan juga western. Rasanya tidak
menjadi masalah untuk mencari makanan di sini.
Rata rata penduduk bandung
berniaga, malah terdapat juga yang bekerja dengan pihak kerajaan, ada juga yang
menjadi petani dan penternak. Bandung adalah kawasan yang padat, penduduknya
berjuta, sehinggakan kerajaan tidak mampu untuk menyediakan perkejaan kepada
penduduk.
Disebabkan bandung ialah
kawasan perlancongan yang menjadi tumpuan di asia, masyarakat bandung dapat
berniaga dan industry perlancongan dapat berkembang dengan pesat.
Antara tempat yang menarik
di bandung ialah kawasan gunung berapi ‘kawah putih’ kawasan ini mempunyai
tasik yang berasid berwarna putih. Menurut penduduk di sini gunung berapi ini
masih aktif. Kawasan ini wajib di kunjungi
kerana ianya antara kawasan yang tercantik di dunia. mengambil masa dalam 2 jam
perjalanan mengunakan kereta melalui kawasan kampong di pinggir gunung memberikan
ketenangan di minda.
dalam perjalanan ke sini
terdapat beberapa pekan di sini yang masih mengunakan kereta kuda sebagai
penggangkutan utama. Mungkin disebakkan mereka tinggal di kawasan pinggir
gunung yang menyebabkan kereta kuda mudah untuk bergerak dari satu tempat ke
satu tempat yang lain.
Terdapat satu lagi kawasan
gunung berapi di bandung iaitu ketuban perahu, penduduk disini memanggilnya
perahu terbalik ini kerana jika dilihat dari jauh ia kelihatan seperti perahu
yang terbalik. Pengunjung dinasihatkan agar berhati hati kerana terdapat juga
dikalangan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pengungjung di situ
Pasar baru, adalah sebuah
komplek membeli belah yang besar, rata ratanya mereka menjual pakaian, pakaian
disini kebanyakannya dibeli dengan harga yang murah.
Bandung dikenali sebagai
syurga membeli belah, terdapat kawasan membeli beli belah dengan barang yang
berkualiti dan murah, kawasan ini dikenali sebagai FO ( factory outlet)
terdapat juga kawasan perlancongan yang lain antaranya floating market, floating market adalah sebuah tempat dimana terdapat beberapa gerai makanan yang dijual di atas bot, terdapat beratus kedai makanan disini.
floating market adalah lokasi yang amat sesuai untuk mereka yang meminati makanan, terdapat beratus makanan di bawah satu bumbung, dengan harga yang berpatutan dan bersih ia adalah tempat yang sesuai untuk keluarga.
Bandung adalah sebuah
lokasi yang agak menarik, penduduk yang ramai dan padat. Mempunyai budaya yang
menarik, sosial ekonomi yang stabil. Akan tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan
oleh penduduk di situ. Bandung akan menjadi kota yang maju satu hari nanti.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan