1 March 2015 : Pasar borong mana yang bersih di malaysia ini, kalau ada memang pembohong la, sewaktu saya berada di Kota Bharu, kelantan saya disarankan oleh penduduk setempat untuk ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk bersarapan pagi, Pasar ini berada di bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan masjid.
Menurut kata orang setempat,di sini laksa kelantan dan laksam kelantan memang sedap, berebut-rebut orang nak makan laksam kat sini. kata-kata mereka itu yang membuatkan aku ke sana untuk mencuba laksam ini,
Kedai makan terletak di tingkat 2 Pasar Borong Siti Khadijah, memang ramai orang, meriah suasana di sini, di tingkat dua ni terdapat banyak kedai makan, majoritinya semua makanan kelantan, kedai laksam ni memang ramai orang, jadi bila sampai kat sini tengok mana kedai laksam yang ramai orang saya terus cuba, biasanya bila sarapan di Kuala Lumpur hanya makan roti canai atau nasi lemak, tapi bila di kelantan menunya lain. Laksam ini memang sedap, dengan rasa lemak dan sayur yang segar, apapun dua pingan makan waktu tu.
Di tingkat bawah, kebanyakan peniaga menjual barang basah dan sayur, ada juga yang menjual kuih muih tempatan, kuit disini dijual dikira murah, masih dapat lagi harga kuih 4 seringgit. waktu travel di Kota Bharu ni tengah banyak jual etok-etok sejenis kerang yang di salai. rasanya macam kupang lebih kurang.
bukan sahaja kuit dan barang basah di jual disini, terdapat juga peniaga yang menjual senjata, seperti pedang, keris, samurai, kerambit dan parang. Harganya pun murah jika dibandingkan dengan harga dikuala lumpur. Buku 5 pun ada jual kat sini, bukan senang nak cari buku 5.
walaupun makanan di Pasar Siti Khadijah ini majoritinya sedap dan mempunyai banyak pilihan citarasa terdapat juga kekurangan yang ada, terutamananya dari segi kebersihan, hampir kesemua gerai makanan disini agak kotor dan berbau, tidak hairanlah jika terjumpa binatang dan serangga berkeliaran. seharusnya pihak pengurusan perlu menjaga kebersihan agar tidak wujudnya persepsi negatif dari pengunjung.
di tingkat tiga terdapat peniaga yang menjual keropok dan kuali, barang baik dari siam, suasana lebih kurang macam chow kit juga.
~~ sekaki setapak lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan