Ahad, 22 Februari 2015

Kopitiam Kita Kota Bharu

20 feb 2015 : Pada waktu ini saya berada di Kelantan negeri yang penuh dengan budaya dan adat, selaku seorang Juru gambar separuh masa kelantan adalah tempat yang sesuai. Bangun dari tidur saya terus keluar bersama isteri tercinta untuk mencari makanan yang lazat untuk sarapan pagi.

Dengan tidak membuang masa saya terus google tempat menarik untuk sarapan padi di kelantan, kebanyakannya menyarankan untuk bersarapan di restoren "kopitiam Kita" tidak berfikir panjang lagi terus waze (GPS)  ke lokasi yang hendak dituju.

memang susah nak kelokasi ini, disebabkan oleh waze atau GPS tidak menunjukkan jalan yang betul, tetapi ada satu blog yang mengatakan jika hendak ke restoren ini kena waze atau GPS hotel rebana, sebelum sampai simpang empat besar masuk kiri, memang senang kalau cakap,

akhirnya jumpa juga kedai yang dikatakan ini, "kopitian kita ", perghh memang ramai gila orang, waktu menunjukkan pukul 9.00 pagi. mula mula ingatkan kenduri tapi rupanya kedai makan.


Memang dasyat penangan kedai makan ini, berebut -rebut orang datang, beratur panjang semata nak makan pagi. tak dapat nak test semua makanan, saya hanya dapat rasa, nasi kapit, nasi lauk (ikan gulai), mee goreng, bihun goreng dan nasi lauk ( ayam). Bagi saya makanan di sini biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan makanan lain di Kuala lumpur. Mungkin yang hebat adalah marketing dia, strategi yang baik bila kebanyakan artis yang datang ke restoren ini diambil gambar dan tampal pada dinding. Dan pemilik restoren ini adalah cina dan kebanyakan pekerjanya adalah melayu ( fokus malay market ) ada juga pengunjung cina di kedai ini. harga di restoren ini tak mahal dan tak murah, macam makai kat kedai mamak.

kedai ini juga terlibat dengan banjir, air sampai bumbung. tapi waktu saya datang semua dah ok.

~ sekaki setapak lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan