Mengembara ke satu dunia adalah menjadi impian semua orang, tapi apakan daya bila sudah terikat dengan kerja dan tanggungjawab, masa yang tidak mencukupi, kena jaga keluarga kena mencari duit untuk keluarga.
Bila buka chanel Discovery National Geografi rasa macam jiwa ni nak memberontak, cemburu bila tengok mereka ni dapat mengembara. Bermotivasikan dari rancangan travel hari ini nekad untuk saya keluar dari kelumpuk yang mengatakan saya tidak boleh, saya tidak akan menjadikan alasan wang dan kerja untuk mengembara, saya ingin melihat dunia dari perspektif saya, saya tidak mahu menjadi orang yang ketinggalan untuk melihat rahsia dunia.
Baru baru ini tersebar kisah adik beradik pusing satu semenangjung Malaysia dengan berjalan kaki matlamatnya untuk membersihkan masjid. bagi saya membersihkan masjid itu perkara biasa, yang luar biasanya mereka berjalan kaki untuk ke setiap destinansi, bukan kata mereka tak mampu baik bas atau naik kereta, tetapi semangat untuk mendekati masyarakat dan budaya dengan cara berjalan kaki.
Malaysia mempunyai perbagai budaya dan agama, cina, india dan melayu adalah agama yang majoroti di malaysia, setiap budaya mempunyai adatnya yang tersendiri. sabah dan sarawak mempunyai beratus adat dan budaya, sampaikan negara-negara luar datang untuk mendekati adat dan budaya ini.
Dengan ini saya akan mengembara ke dalam negara dahulu, jika ada duit lebih sikit saya akan cuba negara jiran pulak, lantaklah apa orang nak kata, kalau nak dengar cakap orang sampai tua tak kemana, dengan menjadikan blog orang lain sebagai rujukan untuk mencuba tempat tempat yang best.
kisah saya akan dicerikan dalam blog ini ~ sekaki setapak lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan