Ahad, 30 Ogos 2015

Daerah yang malang - Lorong petaling

Malaysia amat dikenanali sebagai sebuah negara membangun yang pesat berkembang, amat dikenali di seluruh dunia tentang kelantangan menentang israel dan zionis.

Walaubagaimanapun malaysia tidak dapat lari dari masalah sosial yang teruk, ianya tidak menghairankan kerana setiap negara mempunyai masalah yang sama.

Jalan petaling adalah sebuah kawasan yang terletak di tengah bandaraya kuala lumpur, sebuah daerah yang amat terkenal dengan masalah sosial yang teruk.



Sedikit sejarah mengenai jalan petaling. Ianya telah wujud sejak dari zaman kolonal british lagi. Majoriti yang menjalankan perniagaan di sini adalah dari kaum cina. Jalan petaling juga dikenali sebagai china town.

Kawasan sekitar jalan petaling kini pesat membangun, menjadi tumpuan pelancongan dari perbagai negara, malah terdapat juga aktiviti penipuan  terhadap pelancong oleh kalangan peniaga di sini.  Itu tidak menghairankan.

Di jalan petaling juga terdapat kawasan pelacuran yang agak lama bertapak di kuala lumpur.

Sejarah pelacuran di malaysia agak menarik, pada asalnya ianya dianggap halal sebelum tahun 1870. Ini disebabkan pemintaan yang memberangsangkan oleh pekerja buruh yang ketika itu bekerja di tanah melayu.

Pelacur yang pertama datang ke tanah melayu adalah dari negara china ini kerana kuala lumpur dahulunya adalah kawasan lombong, dan kebanyakan pelombong adalah buruh cina.

Sehinggakan masalah pelacuran ini tidak dapat dikawal dan terdapat beberapa kes pembunuhan dan permedaganggan yang semakin teruk, pihak british telah mewujudkan ‘ ordinan wanita dan gadis’ dimana setiap pusat pelacuran perlu didaftar.

Jalan petaling amat terkenal dengan lokasi pelacuran murah, dan ianya bukan lagi di monopoli oleh pelacur dari china sebaliknya adalah pelacur dari indonesia.



Kebanyakan pelangan adalah dari kalangan pendatang asing khususnya dari bangladesh, nepal dan indonesia. Terdapat lebih kurang 5 pintu masuk premis untuk memilih pelacur, pelangan perlu menaiki setiap tangga untuk memilih pelacur yang telah di letakkan pada setiap bilik.

Setiap pelacur berharga dari rm 20 sehingga ke rm 40 untuk setiap 15 minit. Pusat pelacuran  ini di buka pada setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Setiap pelacur boleh mendapat gaji dalam rm 2,000 ke 4,000 sebulan dan mereka bergantung kepada komisen jualan.

Kebanyakan pelacur disini adalah sukarela dan bukannya dipaksa untuk melacur, kebanyakan pelacur berasal dari philippine dan indonesia. Dan kebanyakan dari pelacur ini tinggal di rumah bapa ayam yang telah disewakan kepada mereka.

Pelacur pelacur ini dijaga oleh bapa ayam yang berbangsa cina, setiap hal yang berkaitan dengan pelacur ini akan diuruskan oleh mereka, urusan pelacur ini telah diatur sejak dari negara asal mereka lagi. Boleh dikatakan organisasi mereka ini agak tersusun.



Kini bapa ayam berbangsa cina tidak perlu lagi bekerja keras menjadi penjaga kepada pelacur ini, tugas mereka kini digalas oleh pekerja bangladesh. Ironinya inilah yang terjadi di malaysia.

Pendatang bangladesh ini kini direkrut untuk dijadikan pelapis yang akan menguruskan organisasi ini pada masa masa akan datang .

Yang menariknya lokasi pelacuran ini hanya terletak berdekatan dengan balai polis H.S lee.

Kini skop perniagaan mereka berkembang apabila terdapat tawaran dari pelancung asing, terdapat juga ‘delivery service’ yang boleh menghantar pelacur ini sehingga di depan bilik hotel. Tidak hairanlah malaysia kini hampir disamakan seperti thailand.

Masyarakat mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari segi keselamatan dan sosial khasnya bagi penduduk sekitar kuala lumpur. Aktiviti ini mungkin agak susah di selesaikan, mungkin kerana permintaan yang banyak oleh buruh asing di negara ini. Apa yang pasti penduduk malaysia harus menangung kesan dari apa yang berlaku oleh gejala pelacuran ini.


5 ulasan:

  1. Ada permintaan terhadap pelacuran sebab wanita di Malaysia memang berpakaian sesuka hati berpakaian ketat dan tidak menutup aurat dengan betul tiada undang2 yg boleh di kenakan.

    BalasPadam
  2. Kena kuatkuasakan unsung-undang dahulu. Contohnya semua wanita dalam Malaysia wajib menutup aurat dengan sempurna dan tidak berpakaian ketat membalut tubuh dan nipis. Dengan cara ini mungkin tak wujud lagi pusat pelacuran. Sekarang ini wanita bebas berpakaian ketat dan nipis di mana mana sahaja dapat membangkitkan nafsu lelaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sebab cara pakaian, hukum dunia bro, bukan semua org bernasib baik macam awak..Klau pelacuran ni xdak pun masalah jugak buat kalangan bujang xkan nak onani ja smpai mampus? agak2 la bro

      Padam
  3. wujud kan lebih banyak tempat atau lokasi untuk perkhidmatan seks,

    BalasPadam