Isnin, 31 Ogos 2015

Phuket bandar laut andaman

Phuket adalah sebuah pulau yang terletak di Thailand, sebuah pulau yang terletak di laut andaman, sudah semestinya menjadikan phuket sebagai satu destinasi perlancongan yang menarik dengan khazanah  air laut yang jernih, spesis hidupan air laut yang banyak.

Sedikit sejarah mengenai phuket, phuket pernah diserang oleh myanmar (burma) pada tahun 1785 sewaktu itu phuket di perintah oleh syarikat hindia timur. Phuket juga pernah menjadi pusat pemerintahan selatan thai sebelum berpindah ke daerah lain.

Pada abad ke 16 sumber ekonomi phuket ialah biji timah, oleh yang demikian kebanyakan pelombong di import dari negara china.

Pada tahun 1980 kerajaan thailand telah membangunkan pantai pantai di phuket untuk dijadikan tumpuan pelancongan, sekali gus menarik perhatian pelabur pelabur antarabangsa untuk membuka hotel dan memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan

Phuket juga pernah dilanda tsunami pada tahun 2004 yang telah menyebabkan beberapa orang mati. Itu adalah detik detik hitam yang telah melanda phuket . kejadian tsunami ini juga menyebabkan beberapa negara yang lain juga terlibat.



Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong di phuket ialah di daerah patong, patong adalah sebuah lokasi pelancongan yang membangun dan padat dengan pelancong dari dalam dan luar negara.  Kira kira 45 minit dari lapangan terbang phuket.



Walaupun thailand adalah sebuah negara yang beragama budha, di patong terdapat 3 buah masjid untuk kegunaan masyarakat islam di sana.

Patong boleh dikatakan lokasi yang sesuai untuk berbulan madu atau parti bujang, ini kerana terdapat berbagai jenis kelab dan disco. 

Di phuket operasi pelacuran tidak terlalu terbuka berbanding dengan sempadan malaysia thai.

Untuk mencari makanan halal agak mudah disini, hanya pergi ke kawasan masjid dan sekitarnya. Terdapat berbagai jenis makanan muslim thailand. Akan tetapi rasanya tidak berapa sedap. Terdapat juga restoran KFC di patong, sebelum masuk pastikan mempunyai tanda halal di pintu masuk.



Di patong kebanyakannya adalah pelancong dari luar negara, russia, amarika syarikat, british dan dari beberapa negara asia yang lain, rakyat malaysia juga ramai yang melancong di sini. Pastikan setiap perkhidmatan perlu ditanya dahulu, ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan yang akan berlaku.

Phuket terletak di laut andaman, oleh yang demikian, phuket dan krabi berkongsi pulau yang sama. Antara pulau yang terkenal di sini ialah phi phi island.



Terdapat juga beberapa pulau yang lain antaranya pulau khai nok, pulau ini amat sesuai dengan kanak kanak dan percutian keluarga, ini kerana bahagian pulau ini yang cetek dan airnya juga amat jernih. Cuma tandas disini amat kotor, dan harga untuk memasuki tandas ialah 20 bath. Lebih kurang rm 2 ringgit untuk sekali masuk.



Muaythai amat dikenali di seluruh dunia, seni mempertahankan diri ini adalah sukan rasmi bagi negara thailand. Di phuket terdapat beberapa gym muaythai yang agak terkenal di seruluh dunia, antaranya ‘rawai muaythai gym’ dan ‘twin tiger muaythai & mma’ di patong terdapat sebuah stadium muaythai yang terletak di ‘bangla road’ bersebelahan dengan shopping mall . tiket untuk masuk ke stadium ini lebih kurang 1500 bath – 5,000 bath.

Pada waktu malam terdapat sebuah pasar malam yang terletak di hadapan bangla boxing stadium , jadi pengunjung boleh mencuba makan jalanan  di sini. Terdapat lebih dari 100 jenis makanan yang boleh di cuba.

Pada sebelah malam banyak kelab hiburan yang aktif sehingga jam 4 pagi, terdapat beberapa kelab malam yang terkenal disini. Antaranya russian disco. Terdapat juga kelab dan pub di sebelah pantai patong  yang sering kali dikunjungi pelancong pada waktu malam.

Untuk menjimatkan kos pelancong boleh menyewa motosikal dan kereta dengan harga 1,000 baht  sehari. Terdapat beberapa lagi lokasi yang menarik antaranya phuket zoo, noght market (pasar karat) sarkas,

Pengunjung juga boleh datang ke kem kem gajah, dimana pengunjung akan dibawa masuk kedalam hutan dengan menungang gajah.

Phuket adalah sebuah lokasi pelancongan yang murah jika dibandingkan dengan lokasi lokasi lain di malaysia, syurga lautan laut andaman, jadi tidak hairanlah hollywood sering kali membuat rakaman di sini. Air yang jernih spesis ikan yang banyak, harga makanan yang murah menjadikan phuket sebagai sebuah lokasi perlancongan yang terkenal di seluruh dunia. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan