Isnin, 31 Ogos 2015

Phuket bandar laut andaman

Phuket adalah sebuah pulau yang terletak di Thailand, sebuah pulau yang terletak di laut andaman, sudah semestinya menjadikan phuket sebagai satu destinasi perlancongan yang menarik dengan khazanah  air laut yang jernih, spesis hidupan air laut yang banyak.

Sedikit sejarah mengenai phuket, phuket pernah diserang oleh myanmar (burma) pada tahun 1785 sewaktu itu phuket di perintah oleh syarikat hindia timur. Phuket juga pernah menjadi pusat pemerintahan selatan thai sebelum berpindah ke daerah lain.

Pada abad ke 16 sumber ekonomi phuket ialah biji timah, oleh yang demikian kebanyakan pelombong di import dari negara china.

Pada tahun 1980 kerajaan thailand telah membangunkan pantai pantai di phuket untuk dijadikan tumpuan pelancongan, sekali gus menarik perhatian pelabur pelabur antarabangsa untuk membuka hotel dan memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan

Phuket juga pernah dilanda tsunami pada tahun 2004 yang telah menyebabkan beberapa orang mati. Itu adalah detik detik hitam yang telah melanda phuket . kejadian tsunami ini juga menyebabkan beberapa negara yang lain juga terlibat.



Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong di phuket ialah di daerah patong, patong adalah sebuah lokasi pelancongan yang membangun dan padat dengan pelancong dari dalam dan luar negara.  Kira kira 45 minit dari lapangan terbang phuket.



Walaupun thailand adalah sebuah negara yang beragama budha, di patong terdapat 3 buah masjid untuk kegunaan masyarakat islam di sana.

Patong boleh dikatakan lokasi yang sesuai untuk berbulan madu atau parti bujang, ini kerana terdapat berbagai jenis kelab dan disco. 

Di phuket operasi pelacuran tidak terlalu terbuka berbanding dengan sempadan malaysia thai.

Untuk mencari makanan halal agak mudah disini, hanya pergi ke kawasan masjid dan sekitarnya. Terdapat berbagai jenis makanan muslim thailand. Akan tetapi rasanya tidak berapa sedap. Terdapat juga restoran KFC di patong, sebelum masuk pastikan mempunyai tanda halal di pintu masuk.



Di patong kebanyakannya adalah pelancong dari luar negara, russia, amarika syarikat, british dan dari beberapa negara asia yang lain, rakyat malaysia juga ramai yang melancong di sini. Pastikan setiap perkhidmatan perlu ditanya dahulu, ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan yang akan berlaku.

Phuket terletak di laut andaman, oleh yang demikian, phuket dan krabi berkongsi pulau yang sama. Antara pulau yang terkenal di sini ialah phi phi island.



Terdapat juga beberapa pulau yang lain antaranya pulau khai nok, pulau ini amat sesuai dengan kanak kanak dan percutian keluarga, ini kerana bahagian pulau ini yang cetek dan airnya juga amat jernih. Cuma tandas disini amat kotor, dan harga untuk memasuki tandas ialah 20 bath. Lebih kurang rm 2 ringgit untuk sekali masuk.



Muaythai amat dikenali di seluruh dunia, seni mempertahankan diri ini adalah sukan rasmi bagi negara thailand. Di phuket terdapat beberapa gym muaythai yang agak terkenal di seruluh dunia, antaranya ‘rawai muaythai gym’ dan ‘twin tiger muaythai & mma’ di patong terdapat sebuah stadium muaythai yang terletak di ‘bangla road’ bersebelahan dengan shopping mall . tiket untuk masuk ke stadium ini lebih kurang 1500 bath – 5,000 bath.

Pada waktu malam terdapat sebuah pasar malam yang terletak di hadapan bangla boxing stadium , jadi pengunjung boleh mencuba makan jalanan  di sini. Terdapat lebih dari 100 jenis makanan yang boleh di cuba.

Pada sebelah malam banyak kelab hiburan yang aktif sehingga jam 4 pagi, terdapat beberapa kelab malam yang terkenal disini. Antaranya russian disco. Terdapat juga kelab dan pub di sebelah pantai patong  yang sering kali dikunjungi pelancong pada waktu malam.

Untuk menjimatkan kos pelancong boleh menyewa motosikal dan kereta dengan harga 1,000 baht  sehari. Terdapat beberapa lagi lokasi yang menarik antaranya phuket zoo, noght market (pasar karat) sarkas,

Pengunjung juga boleh datang ke kem kem gajah, dimana pengunjung akan dibawa masuk kedalam hutan dengan menungang gajah.

Phuket adalah sebuah lokasi pelancongan yang murah jika dibandingkan dengan lokasi lokasi lain di malaysia, syurga lautan laut andaman, jadi tidak hairanlah hollywood sering kali membuat rakaman di sini. Air yang jernih spesis ikan yang banyak, harga makanan yang murah menjadikan phuket sebagai sebuah lokasi perlancongan yang terkenal di seluruh dunia. 



Ahad, 30 Ogos 2015

Daerah yang malang - Lorong petaling

Malaysia amat dikenanali sebagai sebuah negara membangun yang pesat berkembang, amat dikenali di seluruh dunia tentang kelantangan menentang israel dan zionis.

Walaubagaimanapun malaysia tidak dapat lari dari masalah sosial yang teruk, ianya tidak menghairankan kerana setiap negara mempunyai masalah yang sama.

Jalan petaling adalah sebuah kawasan yang terletak di tengah bandaraya kuala lumpur, sebuah daerah yang amat terkenal dengan masalah sosial yang teruk.



Sedikit sejarah mengenai jalan petaling. Ianya telah wujud sejak dari zaman kolonal british lagi. Majoriti yang menjalankan perniagaan di sini adalah dari kaum cina. Jalan petaling juga dikenali sebagai china town.

Kawasan sekitar jalan petaling kini pesat membangun, menjadi tumpuan pelancongan dari perbagai negara, malah terdapat juga aktiviti penipuan  terhadap pelancong oleh kalangan peniaga di sini.  Itu tidak menghairankan.

Di jalan petaling juga terdapat kawasan pelacuran yang agak lama bertapak di kuala lumpur.

Sejarah pelacuran di malaysia agak menarik, pada asalnya ianya dianggap halal sebelum tahun 1870. Ini disebabkan pemintaan yang memberangsangkan oleh pekerja buruh yang ketika itu bekerja di tanah melayu.

Pelacur yang pertama datang ke tanah melayu adalah dari negara china ini kerana kuala lumpur dahulunya adalah kawasan lombong, dan kebanyakan pelombong adalah buruh cina.

Sehinggakan masalah pelacuran ini tidak dapat dikawal dan terdapat beberapa kes pembunuhan dan permedaganggan yang semakin teruk, pihak british telah mewujudkan ‘ ordinan wanita dan gadis’ dimana setiap pusat pelacuran perlu didaftar.

Jalan petaling amat terkenal dengan lokasi pelacuran murah, dan ianya bukan lagi di monopoli oleh pelacur dari china sebaliknya adalah pelacur dari indonesia.



Kebanyakan pelangan adalah dari kalangan pendatang asing khususnya dari bangladesh, nepal dan indonesia. Terdapat lebih kurang 5 pintu masuk premis untuk memilih pelacur, pelangan perlu menaiki setiap tangga untuk memilih pelacur yang telah di letakkan pada setiap bilik.

Setiap pelacur berharga dari rm 20 sehingga ke rm 40 untuk setiap 15 minit. Pusat pelacuran  ini di buka pada setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Setiap pelacur boleh mendapat gaji dalam rm 2,000 ke 4,000 sebulan dan mereka bergantung kepada komisen jualan.

Kebanyakan pelacur disini adalah sukarela dan bukannya dipaksa untuk melacur, kebanyakan pelacur berasal dari philippine dan indonesia. Dan kebanyakan dari pelacur ini tinggal di rumah bapa ayam yang telah disewakan kepada mereka.

Pelacur pelacur ini dijaga oleh bapa ayam yang berbangsa cina, setiap hal yang berkaitan dengan pelacur ini akan diuruskan oleh mereka, urusan pelacur ini telah diatur sejak dari negara asal mereka lagi. Boleh dikatakan organisasi mereka ini agak tersusun.



Kini bapa ayam berbangsa cina tidak perlu lagi bekerja keras menjadi penjaga kepada pelacur ini, tugas mereka kini digalas oleh pekerja bangladesh. Ironinya inilah yang terjadi di malaysia.

Pendatang bangladesh ini kini direkrut untuk dijadikan pelapis yang akan menguruskan organisasi ini pada masa masa akan datang .

Yang menariknya lokasi pelacuran ini hanya terletak berdekatan dengan balai polis H.S lee.

Kini skop perniagaan mereka berkembang apabila terdapat tawaran dari pelancung asing, terdapat juga ‘delivery service’ yang boleh menghantar pelacur ini sehingga di depan bilik hotel. Tidak hairanlah malaysia kini hampir disamakan seperti thailand.

Masyarakat mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari segi keselamatan dan sosial khasnya bagi penduduk sekitar kuala lumpur. Aktiviti ini mungkin agak susah di selesaikan, mungkin kerana permintaan yang banyak oleh buruh asing di negara ini. Apa yang pasti penduduk malaysia harus menangung kesan dari apa yang berlaku oleh gejala pelacuran ini.


Sabtu, 29 Ogos 2015

Paris di Jawa aka kota bandung



Ungkapan “Zorg, dat als ik terug kom hier een stad is gebouwd!” (Usahakan, bila aku kembali ke sini, sebuah kota telah dibangun) adalah kata kata dari gabenor bandung yang lebih dikenali sebagai Herman Willem Daendels yang telah menukarkan bandung dari sebuah hutan kepada sebuah kota, beliau diangkat  menjadi gabenor oleh belanda selepas syarikat hindia timur berundur dari bandung. 



Bandung juga dikenali sebagai ‘paris van java’ atau paris di jawa. Ini disebabkan struktur geografi dibandung yang terletak di tanah tinggi dan dan kawasan yang berbukit bahkan bergunung. Bandung juga boleh dikatakan sebagai pusat pembelajaran, ini kerana terdapat beberapa buah university swasta di sana.



Penduduk bandung terdiri dari bangsa sunda tidak hairanlah jika mereka ini periang dan jujur . Bangsa sunda boleh dikatakan ramai di jawa barat, mereka juga bertutur dalam bahasa sunda yang diamalkan lebih kurang 27 juta rakyat Indonesia. Masyarakat sunda kebanyakannya beragama islam.



2 jam perjalanan dari Jakarta sama ada mengunakan kereta ataupun kenderaan yang lain. Terdapat sebuah lapangan terbang milik tentera udara Indonesia, kebanyakan syarikat penerbangan swasta mengunakan lapangan terbang ini.

bakso, boleh dikatakan banyak peniaga jalanan yang menjual bakso, bakso makanan Indonesia yang santai dan sedap, boleh didapati di setiap kawasan di bandung. Sedikit nasihat dari penduduk setempat agar berhati hati ketika membeli bakso kerana kadar kebersihan agak meragukan apa bila membabitkan makanan jalanan.




Sate Madura, satay Madura juga amat terkenal di bandung satay ayam, kambing atau daging yang dimakan dengan kuah ( bukan kuah kacang), sate Madura berlainan sedikit dengan sate Malaysia, rasanyanya pun agak berbeza, harganya boleh dikatakan agak mahal sedikit berbanding harga sate Malaysia/



Siomay, adalah makanan yang agak terkenal di bandung, boleh didapati dimana mana si sekitar bandung, mungkin juga di daerah lain juga. Kalau di Malaysia ianya lebih kurang seperti tauhu dan kuah kacang atau sedikit seperti yong tau fuu




Budaya pemakanan di sini jika diperhatikan mereka suka mengunakan kicap sebagai perisa tambahan dalam setiap makanan, oleh yang demikian rasa aslinya telah bercampur, sehinggakan menjadi satu budaya pemakanan disini untuk menambah perisa dalam setiap makanan.




Sewaktu dalam perjalanan ke ‘kawah putih’ melalui jalan jalan kampong semestinya suasana yang aman serta bersih, melalui kawasan pergunungan terdapat sebuah restoren masakan sunda asli, ikan tilapia goring tepung, tauhu goring, nasi minyak ( cara sunda) dan keropok, set makanan ini boleh dikatakan sedap dan jarang jarang sekali jumpa di tempat lain.




Terdapat juga makanan lain seperti ayam penyek ( nasi dan ayam goring serta sambal pedas berasal dari surabaya) masakan minang ( nasi berlauk) dan juga western. Rasanya tidak menjadi masalah untuk mencari makanan di sini.



Rata rata penduduk bandung berniaga, malah terdapat juga yang bekerja dengan pihak kerajaan, ada juga yang menjadi petani dan penternak. Bandung adalah kawasan yang padat, penduduknya berjuta, sehinggakan kerajaan tidak mampu untuk menyediakan perkejaan kepada penduduk.



Disebabkan bandung ialah kawasan perlancongan yang menjadi tumpuan di asia, masyarakat bandung dapat berniaga dan industry perlancongan dapat berkembang dengan pesat.



Antara tempat yang menarik di bandung ialah kawasan gunung berapi ‘kawah putih’ kawasan ini mempunyai tasik yang berasid berwarna putih. Menurut penduduk di sini gunung berapi ini masih aktif. Kawasan ini  wajib di kunjungi kerana ianya antara kawasan yang tercantik di dunia. mengambil masa dalam 2 jam perjalanan mengunakan kereta melalui kawasan kampong di pinggir gunung memberikan ketenangan di minda.



dalam perjalanan ke sini terdapat beberapa pekan di sini yang masih mengunakan kereta kuda sebagai penggangkutan utama. Mungkin disebakkan mereka tinggal di kawasan pinggir gunung yang menyebabkan kereta kuda mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.



Terdapat satu lagi kawasan gunung berapi di bandung iaitu ketuban perahu, penduduk disini memanggilnya perahu terbalik ini kerana jika dilihat dari jauh ia kelihatan seperti perahu yang terbalik. Pengunjung dinasihatkan agar berhati hati kerana terdapat juga dikalangan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pengungjung di situ

Pasar baru, adalah sebuah komplek membeli belah yang besar, rata ratanya mereka menjual pakaian, pakaian disini kebanyakannya dibeli dengan harga yang murah.



Bandung dikenali sebagai syurga membeli belah, terdapat kawasan membeli beli belah dengan barang yang berkualiti dan murah, kawasan ini dikenali sebagai FO ( factory outlet)


terdapat juga kawasan perlancongan yang lain antaranya floating market, floating market adalah sebuah tempat dimana terdapat beberapa gerai makanan yang dijual di atas bot, terdapat beratus kedai makanan disini. 


floating market adalah lokasi yang amat sesuai untuk mereka yang meminati makanan, terdapat beratus makanan di bawah satu bumbung, dengan harga yang berpatutan dan bersih ia adalah tempat yang sesuai untuk keluarga.




Bandung adalah sebuah lokasi yang agak menarik, penduduk yang ramai dan padat. Mempunyai budaya yang menarik, sosial ekonomi yang stabil. Akan tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan oleh penduduk di situ. Bandung akan menjadi kota yang maju satu hari nanti.